Sunday 7 May 2017

Jawatan Kosong ISN - Institut Sukan Negara (12 Mei 2017)

Jawatan Kerja Kosong ISN - Institut Sukan Negara logo www.ohjob.info mei 2017
Kerja Kosong ISN - Institut Sukan Negara Mei 2017
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di ISN - Institut Sukan Negara Mei 2017 seperti berikut:-

1. PEGAWAI SAINS C41
2. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41
3. PEGAWAI FARMASI UF44/48

Tarikh Tutup Permohonan:- 12 Mei 2017

Permohonan mestilah menggunakan BORANG PERMOHONAN KERJAYA ISN (boleh didapati di pautan dibawah) dengan menyertakan SALINAN dokumen - dokumen berikut yang telah DISAHKAN :

i. Kad Pengenalan;
ii. Sijil SPM/MCE, HSE/STPM atau setaraf;
iii. Ijazah dalam bidang berkaitan (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci);
iv. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/ terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji; dan
v. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/ Badan Berkanun/ Separa Kerajaan yang sedang berkhidmat).

Sila hantar secara terus atau pos permohonan yang lengkap kepada:

JABATAN SUMBER MANUSIA
ARAS 1, BAHAGIAN PENGURUSAN
INSTITUT SUKAN NEGARA
57000 SRI PETALING,
KUALA LUMPUR

(U.P: UNIT PERJAWATAN & PERKHIDMATAN)

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. Calon yang dipanggil ke sesi TEMUDUGA perlu membawa dokumen-dokumen asal untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak ISN selepas tiga (3) bulan dari tarikh ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

MAKLUMAT LANJUT JAWATAN KOSONG

BORANG PERMOHONAN

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN SWASTA TERKINI MALAYSIA 2017 http://ift.tt/2qdxlNk
via IFTTT

No comments:

Post a Comment